click

welcome

Monday, September 12, 2011

disihir dengan gambar di facebook





REMAJA DI SIHIR DENGAN GAMBAR DI FACEBOOK,Seorang remaja yang mahu dikenali sebagai ira mendakwa disihir menggunakan gambarnya yang terdapat di laman sosial facebook.remaja itu yang merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi mendakwa dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

Ira memberitahu bahawa maria adalah bekas teman wanita kekasihnya tetapi hubungan mereka telah lama putus,oeh kerana itu dia ingin melihat perhubungan ira dan kekasihnya hancur.
Maria hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya,” dakwanya ketika ditemui kosmo baru-baru ini.
Ira mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.Semasa rawatan itu ira mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.Ketika itu juga, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
Bagaimanapun setelah berubat,baru remaja itu tahu bahawa dia bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria.
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

jangan terlampau taksub dengan facebook

No comments:

Post a Comment