click

welcome

Friday, September 23, 2011

lawak ajoi



MENIRU 100%

Ajoi sedang menduduki ujian bulanan. Oleh kerana semalam Ajoi tak sempat nak study, dia panik kerana tak dapat jawab kertas jawapannya masih kosong walaupun masa ujian sudah lama berlalu. Ajoi akhirnya mendapat inspirasi untuk meniru rakannya, Sumardi kerana masa ujian sudah hampir tamat. Kononnya darurat la tu.
Setelah di ‘psst’ beberapa kali dan merasa boring, akhirnya Sumardi memberikan kertas jawapannya setelah diminta oleh Ajoi.
Sumardi : (berbisik) “Cepat eh!!”
Dengan rakus, Ajoi menulis jawapan di kertas ujiannya dengan meniru jawapan Sumardi 100% dan selang beberapa minit kemudian kertas jawapan Sumardi dipulangkan semula. Tak berapa lama kemudian waktu ujian telah selesai dan semua kertas jawapan dikumpulkan di meja guru.

Beberapa hari kemudian result ujian diberi kelas oleh cikgu mereka. Semua nama pelajar di panggil seorang per seorang. Tapi hanya nama Ajoi yang tidak dipanggil oleh cikgu kelasnya.
Ajoi : “Cikgu! Nama saya takde ker?”
Guru : “La.. masa ujian tu awak ada datang ker?”
Ajoi : “Ada cikgu, kebetulan hari tu saya tak ponteng hehe”
Guru : “Pada saya memang takde kertas jawapan awak punya, cuba awak cari sendiri, mana tau termasuk
kelas lain punya”
Ajoi datang ke depan kelas dan memeriksa satu per satu mencari kertas jawapannya.
Ajoi : “Ini Cikgu!”
Guru : “Ini bukan kertas ujian awak”
Ajoi : “Iyer cikgu, ini tulisan saya.”
Guru : “Cuba awak baca namanya!”
Ajoi : “erkk..Sumardi!!?? ”


UPDATE STATUS FB DENGAN SMS SAHAJA


Sumardi dan Ajoi sedang melepak di sebuah restoran. Sumardi mempunyai Nokia N97 dan selalu berbangga kecanggihannya handphonenya pada sahabat baiknya, Ajoi.
Sumardi: “Ajoi,gua boleh update status Facebook aku dengan senang jer. Boleh update dengan handphone aku ni, tak payah ada laptop.”
Ajoi: Ceh, berlagak la pulak lu ni…
Ajoi: Aku pun boleh update status facebook aku hanya dengan handphone Nokia 3210 buruk aku ni..

Sumardi: Hahaha ko tak yah buat lawak la Joi..Handphone ko dah la murah,takde kaler, bluetooth pun takde, apa lagi nak access internet. SMS boleh lah.
Ajoi: Aku update dengan SMS jer pun boleh…tak caya tengok ni (sambil menaip sms “melepak dengan Sumardi” dan send). Cuba ko tengok status Facebook aku dalam masa seminit.
Seminit berlalu dan Sumardi lihat status Facebook Ajoi sudah update dengan status yang baru.
Sumardi: Wow.. Amazing! Macam mana ko buat? Tak payah aku beli handphone canggih2 camni.
Ajoi: Heh heh,baru lu tau… aku hanya send pada SNR jer..
Sumardi: SNR? software ke server baru ker tu? Tak pernah dengar pun..
Ajoi: SNR= Siti Nurhaliza Radin..awek aku..aku hanya send SMS pada dia yang tgh kerja kat ofis sekarang ni dan dia updatekan Facebook aku …hua hua hua.

PUNTUNG ROKOK DALAM KOLAM RENANG


Pada satu hari, Ajoi dan Sumardi pergi melancong di resort Sri Intan, Port Dickson. Di resort tersebut terdapat swimming pool yang sederhana besarnya. Kalau dah jumpa swimming pool apa lagi Ajoi dan Sumardi takkan melepaskan peluang untuk terjun berenang.
Selepas 4 jam setengah main air, Ajoi dan Sumardi naik ke atas dan mula melepak tepi kolam sambil Sumardi menghisap rokok.
Seberapa ketika mereka berdua kelihatan bertengkar sehingga ternampak petugas resort itu. Dia pun datang untuk meleraikan pertengkaran tersebut.
Petugas: “Kenapa ni encik? Bergaduh kat sini?”
Ajoi: “Ni ha …kawan saya ni mencampakkan puntung rokoknya ke dalam kolam.

Petugas: “Ya ini memang satu kesalahan kerana mengotorkan kolam ni..”
Ajoi :” Kotor jer takper boleh dibuang, nanti ko takde kerja pulak..”
Petugas: “La…abis ya encik beriya-iya marah dia ni kenapa?”
Ajoi: “Aku takut kolam ni terbakar… nanti tak boleh berendam lagi…
Sumardi: tersengih-sengih..
Petugas : terkedu..

KERANI POS YANG MALANG


Pada satu hari, Ajoi pergi ke Pejabat Pos Seremban yang tujuannya untuk mengirim surat kepada Sumardi di Sarawak.
Sampai di pejabat pos, Ajoi nampak macam terpinga-pinga dan lama berdiri sambil memegang kertas , sampul surat. Lepas setengah jam Ajoi buat muka bodo camtu, dia dihampiri oleh kerani Pos yang pun dah boring sebab tak ramai pelanggan yang datang kerana ramai dah menggunakan email dan membayar bil secara online.

“Boleh saya bantu Encik?” tanya kerani tersebut. “Kalau nak beli stamp di mana?” tanya Ajoi.
Kerani tersebut membawa Ajoi ke kaunter untuk membeli stamp.
“Ada lagi yang saya bantu Encik?” tanya kerani cemerlang tersebut.
“Oh ya, tolong tulis alamat dan nama kawan saya ni…” sambil mengeluarkan sekeping kertas yang mengandungi alamat Sumardi dari koceknya dan sampul surat.
Kerani tersebut dengan senang hati menulis nama Sumardi dan alamatnya.
Ajoi: “Errr, encik bleh tolong saya lagi…?
Kerani Pos: “Boleh jer encik… saya pun tengah free ni.Tolong aper lagi Encik?”
“Kalau gitu tolong tuliskan surat ni sekali, saya tertinggal cermin mata la..” kata Ajoi sambil menghulur dua-tiga keping kertas.
Lepas tu mamat kerani tu menulis surat seperti yang dicakapkan oleh Ajoi.
Nak dekat dua jam juga baru hampir selesai menulis surat tersebut.Maklumlah tanya khabar jer dah setengah muka surat, isinya satu muka surat, penutup dan pantun jer dah satu muka surat juga.
Kerani tu macam dah tak tahan lagi, maklumlah dah lama tak menulis, 2-3 muka pulak tu. Jari pun dah naik lenguh, baju pun dah tersinsing ke lengan dan dahi pun dah naik berpeluh walaupun dalam air-cond.
Namun begitu, oleh kerana hormat dengan Piagam Pelanggan yang tertampal di dinding, dengan nada sopan dia bertanya Ajoi.
“Dah siap encik?”
Ajoi menjawab, “Ada sikit lagi,di bawah tanda tangan saya, tulis camni…..”
*P/S: Maaf ya bro,tulisan buruk giler

CUKUR MISAI


Ajoi, Sumardi dan Pancis sedang melepak di kedai kopi sambil bercerita mengenai ‘misai’. Apa yang diaorang cerita ialah kisah betapa suburnya misai datuk diaorang.
Pancis: “Datuk aku dulu, kalau dia cukur misai, hari ni cukur esok tumbuh balik.”
Sumardi: ” Atuk aku lagi dasyat , pagi cukur petang dah tumbuh balik..”
Pancis: “Peh.. kalah atuk aku punya subur..”
Ajoi: “Eleh..! Atuk aku lagi subur giler tau..!”

Pancis & Sumardi : ” Camana?”
Ajoi: “Cukur sebelah, lepas tu cukur sebelah… misai yang lagi sebelah tadi dah tumbuh semula..!”


MAKAN BAYI


Ajoi semasa berumur 4 tahun datang dekat kepada perempuan yang sedang mengandung semasa ke klinik bersama ibunya.
Dia ingin tahu dan bertanya wanita itu, “Mengapa perut mak cik besar sangat?
Apakah ada baby dalam perut mak cik?”
Wanita : “Ya adik.”
Kemudian Ajoi, dengan wajah yang tak faham bertanya lagi “Apakah dia baby yang baik dan comel?”
Wanita itu berkata, “Oh,Insyallah…Baby dalam perut mak cik ni memangnya baik dan sangat comel.”

Ajoi kelihatan semakin terkejut, dia bertanya lagi…
“Jadi kenapa mak cik memakannya?”


TAK KUAT NAK KE SEBERANG


Ajoi sedang mengikuti kursus bina semangat di sebuah Kem Bina Semangat. Aktiviti petang itu ialah berenang merentasi sebuah sungai. Tetapi semasa giliran Ajoi, dia seboleh-bolehnya mengelak untuk berenang.
Pelatih : Kenapa ni Ajoi? kawan awak ramai dah berenang, sekarang giliran awak pula.”
Ajoi: “Encik, saya tak kuat nak berenang ke seberang sana, jauh tuh…”

Pelatih : “Saya yakin awak boleh buat Joi, awak tengok kawan-kawan awak yang lebih kecil dan kurus pun berjaya berenang ke seberang sana. Tengok Sumardi tu, badan punya kurus sampai nampak tulang pun boleh..”
Akhirnya Ajoi setuju berenang bersama rakan-rakan pelatih yang lain.
Ok, satu… dua … tiga terjun..!
Ajoi pun terjun dan dengan berenang dengan laju sehingga memotong dan meninggalkan jauh peserta-peserta yang lain ke belakang.
Tiba-tiba, kira-kira 5 meter sebelum sampai ke tebing sungai di seberang sana , Ajoi berenang berpatah balik ke tempat dia mulakan terjunan tadi.
“Hei…!! Kenapa awak balik ke sini??” jerit pelatihnya.
Sambil mencungap-cungap, Ajoi menjawab….
“Tu la encik… saya dah cakap tadi.. saya tak kuat sampai sana, encik.. jadi… saya kembali ke sini jer….”


FIKIR DULU BARU GELAK

Fikir dulu baru gelak…kalau tak faham harap ada member yang akan tolong huhu


1. Burung mati dan Ajoi.
Ajoi sedang berjalan-jalan dengan isterinya di tepi pantai.
Tiba-tiba, wife Ajoi berkata, “Bang,bang… tengok, ada seekor burung mati…”
Ajoi itu mendongak ke langit sambil berkata.. “Mana…?”

2. Uban nenek Ajoi 
Semasa kecil, Ajoi menegur emaknya yang sedang melipat baju.
Ajoi: ” Mak, kenapa rambut emak makin banyak beruban?”
Mak Ajoi: “Setiap kali ajoi buat nakal, uban mak akan tumbuh sehelai, sebab tu makin banyak..”
Ajoi diam, kemudian dia menyambung lagi
Ajoi: Mak…
Mak Ajoi: Ya..
Ajoi : “Rambut nenek tu semuanya dah beruban kan?”
3.Ajoi,Ajoi,Ajoi…
Seorang wanita ke Pejabat Pendidikan untuk memohon biasiswa pelajaran.
Wanita: “Tolonglah encik, anak saya ada sepuluh orang”
Pegawai: “Ok saya akan cuba, siapa nama anak-anak kakak?”
Wanita: “Ajoi, Ajoi , Ajoi , Ajoi, Ajoi, Ajoi, Ajoi, Ajoi, Ajoi, dan Ajoi.”
Pegawai: “Hah? Semua nama anak kakak sama? Akak tak pening ker?”
Wanita : “Oh tidak encik, malah makin senang kerja saya.”
Pegawai: “Contohnya?”
Wanita: kalau diaorang main luar, saya hanya panggil..Ajoi masuk!, semua akan masuk. Kalau nak panggil diaorang semua makan, saya cuma cakap, Ajoi makan! Semua anak saya akan datang ke meja makan!”
Pegawai: “Hmm, tapi macamana kalau kakak nak panggil seorang jer?”
Wanita: “Ah no problem encik, saya cuma memanggil nama bapa dioarang jer..”


HARAM BERKAHWIN WANITA SATU PEJABAT


Ajoi dan Sumardi yang baru balik dari solat jemaah Isyak di Masjid berborak-borak sambil berjalan.
Sumardi: Aku nak kawin la Joi
Ajoi: Alhamdulillah, dengan budak mana bai?
Sumardi: Satu pejabat joi..
Ajoi: Ish mana boleh kawin satu pejabat… haram tuh!

Sumardi: (mula hangin) ko jangan memandai buat hukum sendiri la Joi!
Ajoi: Betullah! Sengal2 aku selalu dengar ceramah agama tau!
Sumardi: Ko ni dah belajar ajaran sesat agaknya
Ajoi: Takde la bai, lu tanyalah mana-mana ustaz pun.
Sumardi: Ok, ok cuba ko cakap sebab apa haram?
Ajoi: Islam suruh kawin paling ramai 4 orang jer… kalau dah satu pejabat ko yang ada 20-30 org perempuan tu kan ke haram?
Sumardi: siot terkena lagi aku……


KOLAPENJOI LAGI


Kolapenjoi: Koleksi lawak pendek Ajoi
1. Ajoi Bersedih
Ajoi: (sambil menangis) Wak, mak aku dah meninggal..
Sumardi: Aku turut bersedih bro..
Kemudian handphone Ajoi berbunyi, dia mengangkat kemudian dia menangis semakin kuat

Sumardi : Kenapa Joi?
Ajoi: Kakak aku telefon, mak dia pun meninggal…
2. Ajoi dan wife tersayang
Ajoi: Yang, abang dah jemput kawan abang si Pancis dan awek dia datang ke rumah untuk makan malam ni.
Wife Ajoi: Abang biar betul, rumah kita bersepah, pinggan tak cuci, baju pun bersepah belum basuh dan saya tak pandai masak makanan yang sedap.
Ajoi: Iyer, abang tahu sangat tu..
Wife Ajoi: So, naper abang ajak diaorang datang?
Ajoi: Abang nak suruh Pancis fikir dulu sebelum bernikah..
3. Ajoi dan baby
Wife Ajoi: Bang…! baby kita makan suratkhabar tu!
Ajoi: Suratkhabar yang mana?
Wife Ajoi: Yang bawah meja tu la bang..
Ajoi: Ohhh.. tu takpe…. tu suratkhabar lama, abang dah baca..
4. Ajoi dan anaknya
Sumardi: Anak aku kalau kirim email mesti aku kena buka kamus..
Ajoi : Wah dasyatnya anak ko mesti speaking London..
Ajoi: Anak aku lain pulak, kalau dia kirim email mesti aku kena buka dompet..

CUTI SEMINGGU GAJI JALAN


Seorang Pengarah mewajibkan setiap pekerjanya bercuti seminggu dalam sebulan secara bergilir-gilir dan dalam mesyuarat pengurusannya.
Boss: Ok bulan Septermber, Sumardi dah cuti seminggu, bulan lepas – Roslan dah cuti seminggu, bulan ni Pancis cuti seminggu dan bulan depan giliran Ajoi pula cuti seminggu.
Ajoi: Orait boss janji gaji jalan.
Boss: Takpe gaji company tetap bayar.

Roslan: Tapi boss kenapa boss buat camni ?
Boss : Syarikat kita kan tengah sakit ni, sekurang-kurangnya ada penjimatan elektrik apabila bilik dan PC korang bercuti tu seminggu tak on.
Sumardi: Boss, jimat elektrik tapi gaji tetap jalan, kan rugi manpower nanti.
Boss: Takper, memang tu pun tujuan utamanya.
Ajoi: Apa tujuan sebenarnya boss?
Boss: Saya nak tahu siapa antara korang yang ada ker , takde sama jer ….
dan tak menjejaskan operasi syarikat.
So senang saya nak buang!
Sumardi,Roslan,Pancis, Ajoi: waaa……!!!

KISAH BURUNG


Sumardi ke kedai haiwan peliharaan Ajoi melihat-lihat burung yang dijual.
Sumardi: Joi, burung yang pandai menyanyi tu kau jual berapa?
Ajoi : RM100 jer, burung tekukur ni bunyinya merdu bai…
Sumardi: Emm mahal juga yerk..burung yang diam jer tu?
Ajoi: RM200..!

Sumardi: La.. apasal yang diam lagi mahal bro?
Ajoi: Burung ni diam jer pasal dia pencipta lagu burung yang menyanyi tu! Tu dia tengah mencipta lirik lagu baru tu..
Sumardi: ##$%^!

 

SI IBU YANG SABAR


Ajoi yang boring takde kerja asyik memerhatikan seorang perempuan yang sedang shopping di supermarket bersama anak perempuannya yang masih kecil. Anaknya duduk dalam troli ibunya.
Ketika lalu di bahagian jajan, anak kecil yang berusia tiga tahun itu merengek-rengek minta dibelikan jajan. Tapi ibunya enggan membelikannya. Anaknya mula mengamuk dan menangis.
Dengan suara tertahan, si ibu berkata, “Sabar Siti, sabar, tinggal tiga lorong lagi, jangan marah, ya. Tak lama lagi…”

Kemudian mereka lalu pula sebuah lorong yang penuh dengan mainan. Si kecil merengek lagi dan menjerit nak anak patung. Si ibu menolaknya dan si kecil meraung lagi sambil menggoncangkan troli.
Si ibu berkata, “Sabar, sabar, Siti, tinggal dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini.”
Akhirnya lorong terakhir mereka dan sekarang mereka melalui lorong makanan beku danaiskrim. Si kecil tahu ibunya pasti tidak membelikannya aiskrim. Dia pun menangis lagi dan membaling barang yang dibeli ibunya dalam troli.
Ibunya dengan sabar berkata, “Sabar ya Siti, kita akan melalui lorong ini dalam seminit. Seterusnya kamu akan pulang dan boleh tidur dengan nyenyak.”
Ajoi yang melihat kejadian itu dari terkesima dengan kesabaran si ibu. Ia pun mengekorinya hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian. “Luar biasa, anda begitu sabar melayani anak kecil awak ni, si Siti.” katanya.
Perempuan itu menjawab, “Eh !Saya yang Siti, anak saya ni namanya Mimi….”


CAGARAN BANK


Ajoi pergi ke Bank Rakyat untuk meminjam wang sebanyak RM5000. Pegawai bank bertanya, “Nak buat apa wang sebanyak itu En Ajoi?”
“Saya nak buat berniaga, beli barang di KL dan menjualnya di kampung,” jawab Ajoi.
“Apa yang En Ajoi ada sebagai cagaran?” tanya Pegawai Bank.
“Saya tak faham, apa itu cagaran?”
“Sesuatu yang bernilai, yang akan menutupi kerugian pinjaman jika En Ajoi tidak boleh membayar ke bank. En Ajoi ada kereta?”

“Ya, saya ada Wira tahun 1998.”
Pegawai bank menggelengkan kepalanya dan bertanya lagi, “Apa lagi harta En Ajoi ada?”
“Saya ada 10 ekor lembu”
“Berapa umurnya?”
“Saya tak tahu, tapi sekarang banyak yang takde gigi lagi.”
Akhirnya, pegawai bank tersebut memberikan juga pinjaman kepada Ajoi.
Tiga minggu kemudian, Ajoi datang kembali ke bank tersebut. Dia membuka sebuah beg usangnya dan mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar hutangnya.
“Ini duit untuk membayar hutang saya,” katanya sambil memberikan semua duitnya.
“Tapi En Ajoi, ini banyak sangat, melebihi jumlah yang En Ajoi perlu bayar. Bagaimana dengan selebihnya, apa yang akan En Ajoi buat?”
“Saya simpan di rumah saya jer.”
“Kenapa duit En Ajoi tidak disimpan dalam bentuk akaun simpanan tetap sahaja di bank?”
“Saya tak faham, apa itu akaun simpanan tetap?”
“Maksudnya, En Ajoi simpan wang En Ajoi di bank, dan akan dapat faedah setiap bulan.”
“Boleh, tapi apa cagaran yang anda mahu berikan?”


JANGAN COPY KALAU TAK PANDAI PASTE


Ajoi mendengar ceramah motivasi dari motivator terkenal di Malaysia.
“Pengalaman paling hebat saya ialah tidur di pangkuan perempuan yang bukannya isteri saya.!”
Penonton terdiam dan terkesima
“Dia ialah ibu saya!”
Penonton semua bertepuk dan memuji-muji motivator tersebut.

Balik rumah, Ajoi cuba meniru teknik motivator tadi kepada isterinya
“Pengalaman paling hebat saya ialah tidur di pangkuan perempuan yang bukannya isteri saya.!”
Belum sempat Ajoi menyambung, isterinya dah melenting.
“Apa? Berani awak buat begitu ?!!!”
Ajoi terkejut dengan jerkahan isterinya, sehingga Ajoi terlupa sambungan ayat tersebut.
“Siapa!?” jerit isterinya lagi
Ajoi tersenyap blur sekejap..
“Siapa!?” jerit isterinya lagi
sehingga Ajoi menjawab…
“Ntah lupa la..!”
Sedar-sedar Ajoi dah ada kat dlm wad..


KOLAPENJOI 2


1. Tercucuk Mata
Ajoi : “Doktor… bila saya buat air kopi, kemudian saya minum, rasanya mata kanan saya seperti ada yang mencucuk-cucuk doktor.”
Doktor : “OOO.. itu masalahnya. Kalau begitu, setiap kali mahu minum, keluarkan sudunya dari cawan!”
Ajoi : “Ya tak ya juga… Terima kasih, Doktor..”

2. Mee segera
Satu hari Wak Sumardi ke kedai Ajoi nak beli mee segera yang berjenama toot. Sebagai pengguna yang prihatin dia mesti tengok dulu tarikh expired nya.
Wak Sumardi : “Joi , mee segera ni best beforenya dah lebih 1 bulan naper ko jual lagi?”
Ajoi : “oohh… tu kan best before, bulan ini baru better, bulan depan masih good. Jadi tidak masalah untuk dijual…”
3. Adik beradik ipar
Ajoi dan isterinya sedang bergaduh dalam kereta semasa perjalanan dari Seremban ke Rembau. Biasalah semasa bergaduh, masing-masing berdiam diri. Biasalah sedangkan lidah lagi tergigit..
Tak lama kemudian, mereka melalui sebuah kampung dan ada sekumpulan kambing dan lembu sedang meragut rumput di tepi padang.
Isteri Ajoi menunjuk ke sekawan kambing dan lembu tu dan menyindir kepada Ajoi  “adik-beradik awak tu kan?”
“Yups” jawab Ajoi…… “Adik beradik ipar.”
4. Berjalan masa tido
Ajoi: Doktor, tolong sembuhkan penyakit saya. Saya selalu berjalan di waktu tidur.
Doktor : Ini kotak yang boleh menyelesaikan persoalanmu. Setiap malam, ketika wak sudah bersiap untuk tidur keluarkan isi kotak itu dan taburkan di lantai sekeliling tempat tidurmu.
Ajoi : Kotak apa ini, Doktor? apakah sejenis serbuk penenang?
Doktor : Bukan. Ini kotak paku payung.
5. Lari masa gunting rambut
Ajoi kembali ke kedai mamak gunting rambut dulu, sekali lagi nak potong rambutnya nak buat skin head.
Ketika mamak baru potong pendek rambut Ajoi sebelah, tiba-tiba ada seorang pemuda masuk tergesa-gesa.
“Fendi! Rumah Kau Terbakar!!!!!”
Ajoi pun lari turun dari kerusi gunting rambut mamak dan lari keluar dari kedai gunting Mamak sambil rambutnya baru bercukur sebelah.
Bukan main laju Ajoi lari sehingga 1 KM , tiba-tiba dia terhenti.
“Eh buat aku lari? Nama aku bukan Fendi..!”
6. Dalam komuter
Ajoi dalam perjalanan dari KL ke Seremban menaiki komuter bersebelahan dengan seorang makcik yang agak berumur.
Dia tengok muka mak cik tu pucat semacam jer..
Ajoi: Kenapa mak cik, mabuk ker?
Mak Cik : Ya nak..
Ajoi biarkan jer , Mak cik tersebut menahan muntahnya….
Mak Cik : Nak boleh mak cik tengok muka anak tak..
Ajoi: Kenapa mak cik.
Mak cik: Supaya senang mak cik nak muntah….
Dan last sekali…

7. Borak-borak Cara Ajoi dan Sumardi

Ajoi dan Wak Sumardi sedang berborak.
Wak Sumardi: Joi lu beli seluar tu berapa?
Ajoi : Kat IOI Mall..
Wak Sumardi: Kat maner?
Ajoi: RM160
Wak Sumardi: Emm mahal jugak ya..


BUDAK IT YANG HARDCORE

Ajoi seorang pekerja IT yang hardcore, satu hari dia terlambat datang ke ofis.
Ajoi : (mengetuk pintu) “Selamat pagi, boss. Maaf, saya terlambat.”
Boss : “Ya, silakan masuk. Kenapa lambat?”
Ajoi : (duduk di kerusi yang terletak di depan meja bossnya) “Habis booting, boss.”
Boss : “aaaaa?………..baru bangun tidur ke maksudnya?”
Ajoi : “Yes, boss!”
Boss : “Sudah! Sekarang keluarkan assignment semalam!”

Ajoi : “Loading……… (sambil membongkar begnya) Satu file dijumpai! Nasib baik tak didelete ke recycle bin.”
Boss: “Kenapa kamu ni cakap bukan-bukan?”
Ajoi : “Pelik camana boss ? Saya belum lagi crash! Nanti boss merestart saya, lagi!”
Boss : “Pelik betul cakap-cakap kamu ni….”
Ajoi : “Tidak apa-apa, boss. Semalam saya kena buffering screen. Baru buat refreshing hardware.”
Boss : “Baik kamu ke klinik, check kesihatan.”
Ajoi : “Okey, boss. Enter!, saya sign out dulu yek”
Di klinik….
Doktor : “Ada apa, Encik?”
Ajoi : “Saya di command prompt boss saya ke sini.”
Doktor : “Haah?? di apa??”
Ajoi : “Dicommand prompt, doktor! Beliau kata saya error.”
Doktor : “Haah?? Error??”
Ajoi : “Iya, Doktor! Jangan-jangan beliau yang tak pernah update kerana CPU tidak connect ke internet. atau selalu saja hang, doktor”
Doktor : “Apasal kamu ni? Cakap yang bukan-bukan? ”
Ajoi : “Oh sheet! Motherboard!! LAN it!!! Bit!!!!”
Doktor : “Kamu memaki saya ker?”
Ajoi : “La ih doktor ni … doktor yang spam!!!!! Gaya dah la macam trojan.exe!!!!!!”
Doktor : “Berani kamu marah saya? Keluar dari klinik saya ni!”
Ajoi : “Eh… doktor…. tolong cancel, doktor!!!!Nanti saya dideny access oleh boss saya… !”



PEROKOK YANG KAYA

Ajoi berjumpa doktor kerana batuk-batuk
Ajoi: Selamat pagi doktor…
Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?
Ajoi: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.
Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?
Ajoi: Betul doktor, saya memang perokok.

Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?
Ajoi: 1 hari lebih kurang sebungkus dan saya merokok sudah 15 tahun.
Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ?
cuba kira, satu hari dikali dengan 1 bungkus rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)…
sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah).
Ajoi: Doktor tak merokokkan?
Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !)
Ajoi: Doktor ada banglo mewah macam tu?
Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa?
Ajoi : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..huhu
Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya.


LAYAN LAGU NIRVANA

Semasa Ajoi sedang minum di Setarbak yang penuh meja, tiba-tiba dia rasa sakit perut dan dah tahan kentut.
Waktu itu bunyi muziknya sangat kuat, dan dia terus melepaskan kentut yang berbunyi yang sesuai dengan rentak muzik rock  kumpulan Nirvana , Smells Like Teen Spirit  yang didengarnya.

sambil merasa keenakan kopi Lattenya, dia terasa nak buang angin lagi. “onr more” , “one more” …dia menghenjut lagi kentutnya dengan beberapa lagu yang keras, ada yang panjang ada yang pendek.. .
Ngam-ngam selepas membuang angin sepuas-puasnya, air pun habis diteguk.
“Ah…. leganya..!” katanya sambil berdiri.
Ketika dia berdiri, dia hairan, kenapa banyak mata memandangnya.
Tiba-tiba Ajoi teringat……
dia layan lagu Smells Like Teen Spirit tadi tu pakai Ipod…!!!!
Hua hua hua


GOSOK GIGI 12 KALI!

Satu hari Ajoi and the gang, ronda-ronda kat Plaza Angsana, ada promosi ubat gigi kolget. Biasalah masa promosi mesti diaorang jemput perkhidmatan doktor gigi yang memberikan servis percuma.
Doktor gigi: Sebelum saya check gigi anda semua, saya nak tau juga cara anda semua menjaga gigi. Berapa kerap anda gosok gigi?
Sumardi: (malu-malu) Saya sekali jer sehari … time bangun tidur.
Pancis : Cis apa la ko ni wak… aku sehari tiga kali.

Doktor gigi: Bagaimana awak kira?
Pancis: Pagi sekali, selepas lunch sekali dan sebelum tidur sehari….
Doktor gigi: Bagus..bagus!
Ajoi : Eleh korang nih, tu pun nak kerek. Aku 12 kali tak bising pun…
Doktor gigi: Wah 12 kali! Bagaimana awak kira?
Ajoi : Januari, Februari, Mac, April, May, Jun, Julai, Ogos, September,Oktober, November dan Disember…
Doktor, Sumardi,Pancis: &^$@*!##@!


KOLAPENJOI


Lawak 1
Ajoi berjumpa doktor dengan kedua telinganya terbakar.
Doktor: Apa yang terjadi?
Ajoi: saya sedang seterika baju dan telefon saya berdering, saya tersalah mengambil gagang telefon, secara tidak sengaja saya mengangkat seterika dan meletakkannya di telinga saya.
Doktor: Adus..! Tetapi apa yg terjadi dgn telinga anda yg satu lagi?

Ajoi: Kawan saya yg sengal tu telefon lagi.
Lawak 2
Ajoi bermain jissaw puzzle
Setelah berhasil menyusun suatu jigsaw puzzle dgn bangga ia menunjukkkannya pada Sumardi.
Ajoi: Saya hanya memerlukan 5 bulan utk menyusunnya.
Sumardi: Mengapa begitu lama?
Ajoi: Lama? Tengok ni dikotak ni tertulis “Untuk 4-7 tahun”. Power apa aku!
Lawak 3
Ajoi di sekolah
Guru: Berapakah 5 tambah 4?
Ajoi: 9
Guru: Berapakah 4 tambah 5?
Ajoi: He, he, cikgu ni sajer jer nak ‘mengetest’ saya, cikgu hanya terbalikkan nombornya kan..?.. jawapannya ialah 6!!
Lawak 4
Ajoi di farmasi
Ajoi: Saya ingin membeli vitamin untuk cucu saya.
Penjual: Vitamin apa, A, B atau C?
Ajoi : Apa saja, cucu saya belum pandai membaca!!
Lawak 5
Ajoi sedang di belakang Pancis yang sedang mengeluarkan wang di ATM
Pancis: Apa yang kamu lihat?
Ajoi: Gua tahu nombor PIN lu, hee, hee…
Pancis: OK, berapakah nombor PIN aku?
Ajoi: Enam buah bintang * (*).
Lawak 6
Ajoi sedang mengajar anaknya
Jika kamu ingin marah, maka keluarkan kemarahanmu dengan apa cara sekalipun seperti menumbuk punching box, itu akan mengurangkan kemarahan kamu
Jika kamu sedih, keluarkan kesedihanmu dengan menangis, maka akan mengurangkan rasa sedihmu
Jika lucu, gelak sepuasmu, itu akan baik untukmu.
Tapi satu yang jangan pernah korang lakukan ini :
 iaitu jika kau malu, kamu jangan keluarkan kemaluan kamu !!!!!


ANGKARA LEBAH

Ajoi dan Sumardi datang ke klinik dengan dahi Sumardi yang bengkak.
Doktor : Kenapa ni?
Sumardi: Kena lebah
Doktor : Ish bahaya nih, berapa ekor kena gigit

Sumardi : Sekor pun tak sempat gigit
Doktor: Habis tu apasal bengkak dahi tu
Sumardi : Ni bengkak psl kawan saya ketuk bunuh lebah tu..
Ajoi : ngeee tersengih-sengih.


KOMPUTER TERBAKAR

Ajoi and the gang sedang berkursus buat blog. Mereka belajar dalam makmal komputer. Ajoi dan Sumardi duduk paling depan sekali maklumlah semangat nak jadi blogger handalan.
Tiba-tiba terdengar Pancis yang duduk di baris kedua bersama Radin di belakang meja Ajoi dan Sumardi bersuara.
Pancis : Hei Din ada bau tak?
Radin: Bau aper?
Pancis: Aku bau hangitlah..ntah-ntah komputer aku terbakar.

Radin : Ish bahaya nih!
Pancis : Entahlah aku dah on dari tadi, dekat 7 jam dah ni.
Radin : Sepatutnya takde hal tu…
Pancis: Sambil tunduk bawah meja, hmmp, hmmp makin kuat bau dia. (sambil mengembang-ngempiskan hidungnya secara aktif).  Makin kuat bau dia  ni..suspen gua.
Tiba-tiba Ajoi menyampuk..
Ajoi: Woi Pancis lu biar betul, tadi takde baukan?
Pancis: Yer la Joi tadi takde baru seminit ni ada….
Ajoi:  TU AKU KENTUT LA ……!!!!
Sumardi & Radin gelak berguling-guling, Pancis merah muka sambil tutup hidung, Ajoi – buat muka selamba jer sambil layan facebook.


KASI BOTAK LA MAMAK

Ajoi ke kedai Mamak untuk menggunting rambutnya.
Ajoi : Mamak potong rambut berapa?
Mamak: Kalau repair RM6.00, kalau botak habis RM8.00
Ajoi : Hmm, lawa juga skinhead ni…

Ajoi: Ok mamak – kasi botak!
Selepas 20 minit , mamak siap membotakkan rambut Ajoi.
Apabila Ajoi nak membayar dia hulur duit RM50
Mamak: Ayoyoyo encek, pagi-pagi ni saya takde duit tukar lah.
Ajoi meraba-raba poket seluarnya ada duit seringgit-seringgit enam keping.
Ajoi: Mamak, kalau gitu saya repair jer la rambut saya tak jadik botak…sambil duduk balik kat kerusi gunting rambut.


SUNGAI PALING BANYAK IKAN

Ajoi,Wak Sumardi,Pancis dan Radin pergi memancing di kolam ikan berbayar. Sementara boring mendapat ikan mereka berborak.
Wak Sumardi : Boring arr sini xde ikan nak makan umpan,sungai kat kampung aku, tak perlu sangkar macam ni, bawa jala dan sekali tebar pasti dapat banyak ikan.
Pancis: Eleh tu tak banyak sangat, sungai kat kampung aku tak payah pakai jala, hanya 2-3 kali sauk (tangguk) dah dapat ikan.

Radin: Sungai kampung gua lagi banyak tak payah 2-3 kali sauk, hanya sekali sauk jer dah dapat 2-3 ekor ikan.
Ajoi: Ala korang ni, apa nak herankan, sungai kat kampung aku kalau kita nak ambil air jer dah susah……
kita kena usir ikan- ikan yang ada di sungai, baru kita boleh ambil airnya.


KASTAM DAN PENYELUDUP

Ajoi yang baru menjadi kastam di Tambak Johor menahan seorang pemuda (Sumardi) yang menaiki motor kerana gaya pemuda tu lain macam gayanya semasa melaluinya.
Ajoi: Oppss berhenti!
Sumardi : Ya Encik..
Ajoi: Apa yang ko bawak dalam beg tu?
Sumardi: Takde pape encik..
Ajoi: Bukak!
Sumardi: Okies…

Ajoi: Ni aper ni? (ada beberapa biji batu)
Sumardi: Batu encik…
Ajoi: Hmmm batu jer? Sambil membelek-belek batu tu..kemudian dia cuba gigit. Aduh! memang batu!
ok jalan…
Keesokan harinya, Ajoi melihat Sumardi lalu lagi dan dia tahan lagi..
Ajoi: Buka beg awak!
Sumardi: Okies…
Ajoi: Hmm batu lagik… ok jalan…
Begitulah selanjutnya setiap hari Sumardi lalu naik motor dan kalau Ajoi check begnya cuma ada batu kerikil..dan mereka sudah berkawan dan selalu pergi ngeteh (minum2) bersama.
Setelah 30 tahun, Ajoi pun pencen, begitu juga Sumardi dah tua dan tak masuk Singapore lagi. Satu hari mereka melepak pekena kopitiam di restoran Chamek.
Ajoi: Wak, aku pun dah pencen, ko pun aku tengok dah kaya , baik ko berterus terang dengan aku ko dulu ko sebenarnya hari-hari seludup batu kan?
Sumardi: Heheh memang sebenarnya aku hari-hari seludup sampai jadi kaya tapi bukan seludup batu  la Joi.
Ajoi: Abis ko seludup aper?
Sumardi: Hmmm oleh sebab ko pun dah pencen, aku bagitau juga la… sebenarnya aku seludup…
:
:
:
MOTOR…!


DANIA DANIELLE SEREMBAN

Satu hari Ajoi berjalan-jalan di Terminal One, Seremban. Tiba-tiba dia terserempak dengan seorang awek yang bergaya ala-ala artis
Ajoi : ” Hai, awak Dania Danielle kan?”
Awek tu terkejut dan menjawab : “Eh bukanlah!”
Ajoi tunduk malu, tapi tak puas hati :” Dania Danielle ya?”

Awek tu menjawab : “Bukan la..” (sambil berfikir dalam hati, eh ye ke muka aku macam Dania Danielle? bestnya)
Ajoi diam kejap, tapi bertanya lagi : “Hmm awak ni Dania Danielle kan?”
Awek : “Errr, iya! “(mula perasan bercampur bosan)
Ajoi: “La… apasal muka takde iras Dania Danielle pun….”


BUDAK SEKOLAH YANG PELUPA

Pada satu pagi ada seorang murid yang sangat pelupa (Ajoi) semasa darjah satu,
Bapak Ajoi: Ajoi dah siap nak g sekolah? Jom abah hantar
Ajoi : Dah siap bah, jomla (sambil naik motor abahnya)
Bapak Ajoi: La beg maner?
Ajoi : (Tepuk dahi) Alamak terlupalah bah!
Keesokan harinya

Bapak Ajoi: Ajoi dah siap belum?
Ajoi : Dah bah..jom .. (sambil naik motor abahnya)
Bapak Ajoi : Uniform tak pakai?
Ajoi : (Tepuk dahi) Alamak terlupalah bah!
Keesokan harinya lagi
Ajoi : Bah, jomla hantar Ajoi ke sekolah(sambil mengejut bapanya yang sedang tidur)
Ajoi: Uniform dah pakai, beg dah ada, pencel box dan ada,pensil dah ada, pemadam pun ada nih!
Bapak Ajoi: (Sambil tepuk dahi Ajoi) Hari ni kan hari sabtu, mana ko sekolah!


LAWAK PENCUNGKIL GIGI

Ajoi, secara diam-diam dah ‘mengonqure’ lawak hangat di internet, malah dah lama aku tak buat entri pasal Ajoi ni tapi ada yang dah mula rindu tuh…hohoho…
Ajoi suka mencungkil gigi selepas makan. Untuk menyenangkan dia, dia meletakkan pencungkil gigi dan letak atas meja makan macam kat restoran tu.
Satu hari dia bising-bising..
Ajoi: Siapa ambik aku punya pencungkil gigi ni, cepat betul habis..
Pancis : Wak Sumardi la tu, aku selalu nampak dia ambik lepas makan.
Wak Sumardi : Ceh, aku ambil sebatang jer lepas makan

Ajoi: Kalau sebatang takper la, ni sampai licin.
Wak Sumardi : Radin la tu, aku ternampak dia selalu ambil segenggam pencungkil gigi ko… tak tau dia buat aper..
Ajoi: Ni yang aku hangin ni, cubalah berjimat sikit. Tengok macam aku…
Lepas makan aku guna sebatang jer…. lepas tu aku letak balik dalam bekas tu…
Wak Sumardi : Uwekkkkkk…!!


GELAK TENGAHARI SAMPAI MALAM

Salah kaler
Sebelum pergi lunch, Ajoi yang nak membodek boss dia, Mr. Brown tanya-tanya mana tau boss dia nak kirim pape..
Ajoi : Hello, boleh cakap dengan Mr. Brown.
Pengangkat telefon : Maaf, di sini Mr. Black.
Ajoi :Oops Sorry, wrong color!
Mamak Cendol
Lepas tu Ajoi keluar ofis utk lunch . Lepas makan di tengahari yang panas terik , Ajoiteringin pulak nak makan cendol Mamak tepi jalan. Dia tgk Mamak tu jual mangkuk yang besar sedangkan perut dia kenyang baru makan nasik.

Ajoi: Mamak cendol semangkuk berapa?
Mamak: RM2.50
Ajoi : Kalau separuh berapa?
Mamak: Mana boleh jual separuh.
Ajoi: Elo Mamak, pembeli tu kan raja!
Mamak: Elo bai….Raja mana beli cendol tepi jalan camni…
Payung
Balik petang tu, ada jiran baru pindah sebelah rumahnya. Ajoi berbual dengan anak jirannya yang baru pindah tu.
Ajoi: Dik umur berapa tahun?
Adik: 6 tahun..
Ajoi: Hah dah 6 tahun ? tapi pendek la…tinggi lagi payung pak cik
Adik: Umo payung pak cik berapa tahun?
Ajoi: terkesima…
Kahwin lain
Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak dengan TV sambil borak2 ngan wife dia.
Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”
Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang.
             Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”
Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga mcm ayang…….
          abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


TEKA BERAPA EKOR LEMBU

Ajoi seorang penternak jaya yang membela beribu ekor lembu. Ladangnya sangat luas tetapi berada di kawasan terpencil. Tiba-tiba sebuah BMW baru meluncur arahnya. Pemandu, seorang pemuda yang berpakaian tuxedo,kasut Gucci, kacamata hitam Ray Ban dan bertali leher YSL, menjenguk kepalanya dari tingkap kereta dan bertanya Ajoi, “Jika saya mengatakan dengan tepat berapa banyak lembu yang ada dalam kawanan anda, mahukah anda memberi saya seekor?”
Ajoi selamba shj memandang lelaki itu, lalu melihat ribuan lembunya dan dengan tenang menjawab, “Ok!”
Pemuda itu parking keretanya, mengeluarkan IBM ThinkPad yang menyambung ke telefon, kemudian ia melayar ke website NASA dan menggunakan sistem satelit, zoom in daerah tersebut, dan kemudian membuka database dan Excel spreadsheet dengan formula kompleks. Dia menghantar e-mel melalui Blackberry dan selepas beberapa minit, mendapatkan tekaan. Akhirnya, ia print laporan 130 helai pada printer mininya kemudian berkata kepada Ajoi, “anda mempunyai tepat 2586 lembu”.
“Humm tepat sekali! Ambilah salah seekor lembu” kata Ajoi.
Pemuda itu memilih seekor lembu yang agak kecil dan memasukkan ke dalam but keretanya.
Kemudian Ajoi berkata: “Jika saya boleh mengatakan dengan tepat apa pekerjaan anda, adakah anda akan memberikan lembu saya balik?”
“OK, mengapa tidak” jawab pemuda yang smart gila itu.
“Nampaknya , anda adalah jururunding (consultant) ” kata Ajoi.
“Itu betul” kata pemuda itu, “tapi bagaimana anda tahu?”
“Tidak perlu meneka,” jawab Ajoi. “Anda muncul di sini walaupun tidak ada yang memanggil anda. Anda ingin dibayar untuk jawapan yang sudah saya ketahui, dan anda ingin dibayar untuk sebuah pertanyaan yang tidak pernah saya tanyakan. Dan anda tidak tahu apa-apa tentang perniagaan saya … Sekarang bagi balik lembu saya.! ”


KOLEKSI LAWAK PENDEK

Baling batu balas bunga
Radin: Aku hangin betul la dengan si Roslan tu sajer jer malu kan aku
Ajoi : Sabar jer wak, kalau orang baling batu pada kita, kita balas dengan bunga….
Ajoi : Juga dengan pasu-pasunya sekali huahuahua
Kaya 7 keturunan
Ada 2 orang pengemis (Ajoi dan Man) sedang berborak di sebuah lorong

Ajoi : Dulu datuk nenek aku kaya giler lu tau
Man: Kaya camana tu..?
Ajoi: Dia punya harta tujuh keturunan makan tak habis
Man : Abis lu pesal miskin?
Ajoi: Aku keturunan ke 8 huarghhhh!
Member kamceng
Ajoi: Sejak Afiq pindah sekolah ni, aku malas nak ke kantin
Radin: Wah kamcengnya korang sampai ko takde selera nak makan sejak dia takde
Ajoi: Bukan tak selera cuma dulu Afiq yang bayar masa makan..
Naik lembu
Seorang salesman motosikal sedang memujuk petani (Ajoi) membeli motor.
Ajoi: Dari beli motor baik aku beli lembu
Salesman: Tapi encik akan nampak bodoh kalau menunggang lembu (geram)
Ajoi: Tapi ko lagi nampak bodoh kalau memerah sebuah motor huahuahua


MASUK BILIK DENGAN BOHSIA

Ajoi berkenalan dengan seorang bohsia.
Ajoi: Jom lepak rumah aku..
Bohsia : Nak buat aper?
Ajoi : Aku nak tunjuk sesuatu..
Bohsia : Ok jer…
Sampai di rumah Semi Dnya tu..

Ajoi : Jom masuk bilik
Bohsia: Ok sayang
Ajoi: Jom duduk atas katil
Bohsia : Boleh jer bang..
Ajoi : Boleh tutup lampu?
Bohsia : Boleh jer…
Ajoi: Jom masuk selimut..
Bohsia : Orait jer..(berdebar-debar)
Ajoi: Meh sini pegang tangan abang..
Bohsia : Nak tunjuk aper ni bang? Suspen nih!
Ajoi : Tengok jam baru aku… ada lampu..!
Bohsia : Ceh ingatkan nak tunjuk aper tadi.


CERITA APARTMENT TINGKAT 100

Ajoi,Bedul,Sumardi dan Radin duduk serumah. Diaorang menyewa sebuah apartment mewah 100 tingkat. Untuk lebih privacy, diaorang menyewa di tingkat atas sekali.
Suatu hari diaorang baru balik dari kerja, tetapi lif rosak.
Ajoi: Alamak, siot la lif rosak plak!
Bedul: Dah la kita naik tangga jer..
Sumardi:Tu la korang suka sangat sewa tingkat 100. Camana sekarang? Mau tertanggal lutut di buatnya.
Radin : Cenggini setiap 25 tingkat, seorang buat cerita sesuatu, temanya bebas. Camtu krang sikit rasa penat sangat.Setuju tak?
Sumardi: Ok aku setuju!

Diaorang pun naik tangga, oleh kerana belum penat masing-masing naik tangga sambil diam membisu. Akhirnya  mereka sampai ke lantai 25.
Bedul:Aduh penat giler nih ! siapa yang nak cerita dulu?
Radin:gua, gua jer yang cerita
Sumardi:mau cerita apa?
Radin:cerita lawak
Kemudian Radin cerita kelakar yang sangat lawak dan mereka berempat naik tangga perlahan lahan sambil ketawa. Dan mereka sampai di tingkat 50.
Ajoi: Pasni sapa pula yang nak bercerita?
Bedul:Ok sekarang giliran gua
Sumardi:cerita aper nih Bedul?
Bedul:Cerita seram
Kemudian Bedul bercerita hantu yang sangat menyeramkan. 4 orang itu naik ke lantai 75 dengan sangat lambat kerana takut dgn cerita Bedul. dan akhirnya sampai juga mereka di lantai 75.
Sumardi:hii masih takut nih..
Bedul: la cerita camtu pun dah takut.
Ajoi:cerita semangat la pulak…!
Sumardi : Okey gua cerita yang bersemangat! Kita boleh!
kemudian Sumardi bercerita , yang membuatkan diaorang berempat itu bersemangat dan berebut naik tangga ke tingkat 100
Radin:Yeah sampai jugaa!
Sumardi :Yeah akhirnyaa!
Bedul:haha tak terasa kalau sambil cerita
Ajoi:iye yeh… eh…..aku lom bercerita
Bedul:Alah takyah la Joi, kan kita dah sampai.
Radin: Ohh ko lom cerita lagi ek? Ok kasi can la sikit. Ha nak cerita apa nih?
Ajoi:mmm.. wa mau cerita sedih nih..
Bedul,Sumardi,Radin:cepatlah cerita, tak sabo nih..
Ajoi: Kunci rumah.. tertinggal dalam kereta !!!
Bedul,Sumardi,Radin: APAAAA??????


BULU KETIAK MANAGER BANK

Ajoi adalah sorg yg kaya.Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Ajoi dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya…
Manager : Setiap hari saya lihat Encik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja encik?

Ajoi : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Manager : Ooo… ini sudah cukup bagus. Tapi en mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau encik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.
Ajoi : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Manager : Okay. Sebutkan apa saja encik nak bertaruh dengan saya.
Ajoi : Macam ni… dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan bulu ketiak encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha.. tak logiklah encik. Tapi tak pe… saya setuju.
Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba ketiaknya.. ooh masih ada bulu. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati bulu ketiaknyanya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Ajoi.
Manager : En Ajoi sorrylah ye! .. bulu ketiak saya masih lagi ada..
Ajoi : Betul ke? Aku tak percaya… Mari sini aku cek…
Lalu dipegangnya ketiak Manager tu. Sambil tersenyum Ajoi pun berkata..
Ajoi : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..
Ajoi pun menghulurkannya.
Manager : Hari ni baru awak tahu siapa yang teror… Sorrylah En Ajoi hari ni awak tak dapat pergi kaunter bank lagi keh.. keh.. keh…
Tiba-tiba Ajoi mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Ajoi ..
Manager : mana awak dapat duit sebanyak tu?
Ajoi : Saya bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Ajoi : Bertaruh yang saya dapat pegang bulu ketiak Manager Bank..
PERINGATAN: SEBARANG BENTUK PERJUDIAN ATAU TARUHAN ADALAH HARAM DI SISI ISLAM WALAUPUN KITA TAK MAKAN HASIL TARUHAN TU.
Memang Pecah perut la aku bace lawak ajoi nie...

No comments:

Post a Comment