click

welcome

Wednesday, September 14, 2011

Pelajar, jaga suspek rompakan

TUN HISAN menunjukkan  gambar suspek yang dikehendaki bagi kes samun gudang beras pada sidang media di Pusat Media  IPK Selangor, semalam.
TUN HISAN menunjukkan gambar suspek 
yang dikehendaki bagi kes samun gudang 
beras pada sidang media di Pusat Media IPK Selangor, semalam.


Polis berkas 8 anggota kumpulan samun restoran mamak di Shah Alam

SHAH ALAM: Dua pelajar Tingkatan Lima antara lapan suspek yang ditahan berhubung kejadian rompakan bersenjata dalam dua kejadian berasingan di restoran India Muslim di Seksyen 15 dan 24 di sini, baru-baru ini.
Berikutan penangkapan semua suspek berusia 17 hingga 27 tahun itu, polis berjaya menumpaskan kumpulan samun bersenjata yang dipercayai baru berjinak-jinak dalam kegiatan mereka.
Semua suspek ditahan dalam lima operasi berasingan di sekitar Shah Alam, Gombak dan Rawang. - Tun Hisan Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, semua suspek ditahan dalam lima operasi berasingan di sekitar Shah Alam, Gombak dan Rawang pada 8 September lalu hingga kelmarin.

“Selain itu, ada dua suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan perkara ini tidak dapat diterima, terutama apabila remaja bawah umur dan mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan melakukan jenayah,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Dua rompakan sebelum ini berlaku di dua restoran India Muslim berasingan di bandar raya ini pada 28 Ogos dan 8 September lalu.

Selain itu, beberapa laman web turut menyiarkan video kejadian rompakan di sebuah kedai mamak di Seksyen 15, di sini pada jam 4 pagi, 28 Ogos lalu.
Antara laman web yang menyiarkan rakaman video selama empat minit 11 saat itu ialah http://yobtualangsekah.blogspot.com dan http://semaremas.blogspot.com.

Rakaman CCTV dari pelbagai sudut itu memaparkan lima lelaki yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang menceroboh sebuah restoran dan melarikan mesin wang dan komputer riba milik pelanggan restoran berkenaan.

Ketika kejadian, suspek turut dilihat mengacukan parang terhadap kira-kira 10 pelanggan, termasuk kanak-kanak yang berada dalam restoran itu sehingga menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Tun Hisan berkata, polis masih belum menemui parang yang digunakan dalam kejadian terbabit dan ia disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan dengan kesemua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 15 September.

Katanya, pihak polis masih memburu lima lagi anggota kumpulan penjenayah itu yang masih bebas dan seorangnya dikenali sebagai S Veeramuthu, 19, dari Kapar, Klang.


sumber berita harian

No comments:

Post a Comment